Perkhidmatan Persediaan bakal Haji dan Umrah di Klinik Nur Labis membantu bakal jemaah memastikan mereka dalam keadaan sihat sebelum menunaikan ibadah. Dengan pemeriksaan kesihatan bakal haji & umrah yang awal, jemaah dapat mengenal pasti dan mengurus sebarang masalah kesihatan yang boleh mengganggu kelancaran perjalanan mereka.
Pemeriksaan ini merangkumi :
✅ Ujian kesihatan lengkap
✅ Saringan penyakit kronik
✅ Ujian darah
✅ Vaksinasi wajib seperti vaksin Meningococcal (ACWY).
Tanpa persediaan kesihatan yang mencukupi, jemaah berisiko mengalami keletihan melampau, dehidrasi, atau komplikasi penyakit seperti tekanan darah tinggi dan diabetes semasa berada di Tanah Suci. Oleh itu, Klinik Nur Labis menyediakan pemeriksaan kesihatan bakal haji dan umrah, persediaan haji & umrah dan vaksinasi Haji & Umrah yang lengkap, cepat, dan mengikut keperluan KKM & Kementerian Kesihatan Arab Saudi. Terletak di No. 8, Wisma Hj. Taib, Jalan Tenang, 85300 Labis, Johor, kami bersedia membantu anda. Hubungi 📞 07-925 4145 atau WhatsApp 📱 010-209 7585 untuk temujanji hari ini!
🔹 Konsultasi Kesihatan
Sebelum menerima vaksin, pesakit akan menjalani sesi konsultasi bersama doktor kami untuk menilai tahap kesihatan serta keperluan vaksinasi.
🔹 Pemberian Vaksin
Vaksin Haji & Umrah diberikan mengikut jadual serta garis panduan terkini bagi memastikan perlindungan kesihatan yang optimum.
🔹Kaunseling Kesihatan:
Doktor akan memberikan nasihat mengenai penjagaan kesihatan sepanjang perjalanan, seperti cara mengelakkan dehidrasi, menangani keletihan, dan menjaga kebersihan diri.

🔹Amalkan Gaya Hidup Sihat
Mulakan dengan menjaga pemakanan, bersenam secara konsisten dan memastikan tidur yang mencukupi.
🔹Rawat Penyakit Sedia Ada
Pastikan ubat-ubatan untuk penyakit atau virus bawaan Haji atau Umrah di tanah suci seperti ubat demam, selsema dan batuk dibawa mencukupi.
🔹Pakai Kasut yang Selesa
Ibadah Haji atau Umrah melibatkan banyak aktiviti berjalan kaki. Kasut yang selesa dapat mengelakkan kecederaan.
🔹Kekalkan Hidrasi
Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi akibat cuaca panas.
🔹Makan Makanan Seimbang
Pilih makanan yang sihat dan bersih untuk kekal bertenaga. Pengambilan makanan yang bernutrisi tinggi seperti minyak zaitun dapat membantu memberikan tenaga serta mengurangkan rasa lapar ketika beribadah.
🔹Elakkan Penularan Penyakit
Gunakan pelitup muka, cuci tangan dengan kerap dan elakkan tempat terlalu sesak apabila tidak diperlukan.

07-925 4145

No. 8, Wisma Hj. Talib.
Jalan Tenang.
85300 Labis.
Johor Darul Takzim

Buka setiap hari 9AM-10PM. Rehat 1PM-2PM.

Klinik Nur Labis komited menyediakan rawatan perubatan yang mudah diakses, mesra pesakit, dan berkualiti tinggi, termasuk House Call Services, Klinik Bergerak, serta pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk komuniti Labis dan sekitarnya.
WhatsApp us